Sunday, September 28, 2008

KEKASIH, SEPURNAMA BERSAMA

Kekasih
Setelah engkau pamit pergi
Tinggalla aku sendirian edan kasmaran
Mabuk untuk mereguk anggur cinta
Dari aliran maghfirah yang sempurna
Mengalir dari puncak sucimu

Tinggallah kini aku, kekasih
Masih bermimpi di malam2 bersama2mu
Rahmatyang kau ucapkan pada awal kedatangan
Masih ia kutatang dalam bejana ihsan

Tinggallah kini aku, kekasih
Masih meratap segugus keampunan
Dari pohon hari lepas, kini dan depan
Yang telah kau tanam pada dua pertiga bulan
Yang kau titipkan buat bekalan
Pada pertengahan pengembaraan ke muara salam

Tinggallah kini aku, kekasih
Masih melaung kalimah pembebasan
Menuntut janji yang kau taburkan
Pada akhir ujian iman

Dan aku, kekasih
Tetap jua mengheret langkah sepanjang
Sungai rahmat
Biarpun sesekali terseradung akar amarah
Dalam mencari maghfirah di muara hurriyyah.

-nukilan dr ROZAIS AL-ANAMY-
PADANG EMBUN PASIR MAS, KELANTAN
28/09/08, BERITA MINGGUAN KESIHATAN
huhu..ana just tingin share sajak puitis yg very touching in my heart..nape x terasa sgt Ramadhan kali ini..?wpun sebulan, rasa sekejap saje ia datang menyinggah, kemudian berlalu pergi begitu sahaja. blm sempat aku merasai nikmat keberkatan kehadiranmu spenuhnya, dan kini, engkau sudah nk berlalu pergi..isk,isk..moga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang, yaa Ramadhan..aku akan sentiasa merinduimu..SALAM SAYANG TERISTIMEWA BUAT TETAMU YG DIRINDUI SELALU..

No comments: