Friday, January 8, 2010

CORETAN KEHIDUPAN DUNIA...


Salam ketaqwaan wat sume hamba Allah yg dikasihi keranaNya..Hari2 berlalu kepada kita smua dgn berurutan,kita hanyalah digiling ajal sedangkan mata melihatnya..masa muda yg telah berlalu tidak akn pernah kembali, dan uban yg keruh tidak akn pernah hilang. Justeru aku melihat pelbagai ragam, pe’el dan sikap manusia pada masa kini yg juga buat pengajaran dan teladan bagi diri ini yg sering alpa dan lalai kala ketikanya.

Kadangkala aku sgt heran dgn keadaan kita sendiri..dunia sdg meninggalkan kita, sdgnkan akhirat pula sdg menghampiri kita.tetapi mengapa kita slalu sibuk dgn yg akn pergi dan lalai dr apa yg akn datang kpada kita..seolah2 kita tidak akn melangkahkan kaki kepadanya. Aku sering berfikir..jiwa manusia sering kali tidak berbahagia dgn apa yg ia dapatkan dari dunia..sehinggakan mereka sendiri menghukum mengenai keadilan Allah pada mereka.aku teringat satu firman Allah yg bermaksud, xsemestinya ape yg kita rasa kan baik buat kita,tp ia adalah baik buat Allah, dan xsemestinya buruk atau tidak baik buat kita, buruk juga dcc Allah. BAIK DAN BURUK DR ALLAH buat kita pasti ada hikmahnya.. justeru aku ingin skali mrungkai cerita hari2 ku yg berlalu tntng manusia dan kehidupan..

Hari2ku yg lalu, aku melihat seorang isteri yg menduakan suaminya bersama teman akrab lelakinya yg lain.dia jatuh hati dan mula sayang gile pada laki ni.namun, dia berasa kalah pada perasaannya sendiri dan mohon nasihat dariku.aku mengatakan yg sgalanya akn brmula dr dirinya sendiri.dia perlu bina kekuatan utk mempertahankan rumahtangganya (jika masih sayang keluarga nya sendiri).ape2pn atas pilihan sendiri.jika benar tindakannya, seeloknya dia tidak lg terus berhubung dgn lelaki td, bg mengelakkan maksiat dr berterusan di blkg suaminya..sayang…wajahnya cantik..tp akhlaknya tidak dipelihara dgn baik..justeru jgn persoalkn “ ADILKAH ALLAH PADAKU..”..Allah telah berfirman, “..wahadainahunnajdain, imma kafuura wa-imma syakura”..pilihlah antara jalan kebaikan(kesyukuran) ataupn jalan kekufuran yg ALLAH telah beri dan tunjukkan..

Hari2ku yg lalu, aku pernah mengenali insan2 yg luarannya kelihatan wara’. Bertanda hitam di dahi.., mengaji alQuran pada masa kelapangan, solat dijaga, kdgkalan berpikir secara Islamic thinking namun mulut nya ‘tidak berpagar’..sering kata2nya mengecikkan hati pihak yg mendengar, tidak beradab dan bertapis bila berbicara, bercakap mengenai perkara2lucah secara sinis di khalayak umum..di manakah silapnya…sehingga aku tidak memahami dimana kesucian hati yg dibina dlm ibadahnya selama ini.kerana aku percaya, ‘lidah yg bersih’ dtg dr hati yg suci,..wajah yg seri dtg dari hati yg suci dan murni.. Ali bin Abi Thalib berkata, “ Siapa yg menyatukan enam hal dlm dirinya, beerti dia tidak meninggalkan satu jln pun menuju ke syurga dan satu pintu pn dari neraka.

1- Orang yg mengenal Allah dan mentaatiNya

2- Orang yg mengenal syaitan dan menjauhinya

3- Orang yg mnegenal kebenaran dan mnegikutinya

4- Orang yg mngenal kebatilan dan menjaga diri darinya

5- Orang yg mengenal dunia dan menolaknya

6- Orang yg mengenal akhirat dan mencarinya

Hari2ku yg lalu, aku melihat manusia berpusu2 mencari kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan dengan dunia, hiburan dan seisinya. Dimana hakikat iman yg dahaga dan lapar dlm diri mereka. Hakikat ketenangan yg mereka cari adalah dengan kekotoran, hakikat kebahgiaan yg dicari dgn penyeksaan yg sndirinya akn merobek2 imannya sendiri. Hiburan tidaklah salah dcc Islam.Islam itu seni. Hiburan itu juga seni.tp Islam punya syariat yg harus di landasi.ia menjadi salah pabila terkeluar dr landasan itu. Wahai saudaraku, hari2kita di dunia ini semakin berkurang hakikatnya. Kita semua berjalan dgn menjulurkan lidah ke blkg dunia..kita smua takut akan kefakiran dan sgt tamak pada materi duniawi..seakan2 kita akn hidup selamanya..kita semua takut akan kefakiran tetapi tidak takut akan perhitungan pd hari esok dan kita semua takut akan kelaparan ttpi tidak takut akan siksaan Allah. Yahya bin Mu’adz berkata, “ orang yang paling dikasihi adalah jika ia takut akan siksa api Neraka sebagaimana ia takut akan kefakiran , lalu di akhirat ia masuk Syurga.”

Hari2ku yg lalu, aku pernah mengenali kenalan ku yg cukup baik dan mesra dgn semua org. namun aku dapat tahu, sayangnya..hari2nya yg dulu yg pernah dilaluinya adalah sgt ‘gelap’..bermula dr merokok, tidur drumah kawan, clubbing, ‘minum’ dan akhirnya tewas dgn nafsu sendiri, kesuciannya telah diberi dgn rela hati pada teman lelakinya. Begitu mudah syaitan menjalan kn kerja2nya terhadap manusia. Dengan sekali bisikan, tindakan mendahului segalanya. Hati ku meruntun sendirian..seperti aku pula menyalahkan diriku sendiri kerana tidak sempat betemu dgnnya sebelum ini, mnjadi sahabatnya lantas membimbingnya ke jln yg benar. Tapi, sume ini pasti ada hikmahnya. Keseronokan dunia menjadi pilihannya tanpa memikirkn kemurkaan Allah atas perbuatannya. Aku terpikir sendirian..seseorg yg mencintai kehidupan dunia dgn panjangnya kehidupan terkadang mencelakakannya, keceriaannya akn hilang, yg tersisa hanyalah pahit kehidupan setelah manisnya hilang.hari2 telah menyengsarakannya, sehingga dia tidak sedikit pun melihat yg membahagiakannya.

Sehubungan itu wahai saudaraku, jika jiwa itu menjauh dari kebenaran ,maka kita akn membentaknya. Dan jika dia menghadap dunia dengan meninggalkan akhirat, maka kita akn menahannya.Dia menipu kita dan kita menipunya, hanya dengan kesabaran kita akan dpt mngalahkannya. Muhammad bin alHanafiyyah berkata, “ Sgala sst yg dicari bukan kerana Allah, niscaya akn hancur.”

Belajarlah sesuatu dari kehidupan mu..ambillah pengajaran dr apa yg berlaku dsekelilingmu…laksanakan ape patut kamu lakukan, tinggalkan ape yg patut kamu elakkan..mg selamat Fiddunya wal-akhirah..amin ya rabbal’alamin..~
WASSALAM...~

-CORETAN HIDUPKU & LUAHAN HATIKU-

Thursday, January 7, 2010

CORETAN KEHIDUPAN

salam kemaafan wat imanku yg kusayangi dan kuhargai setiap waktu.kdgkala diri ini tewas dan lalai dlm menjaga, memelihara dan memulihara mu slalu.namun, hamba Allah yg hina ini masih belum tertutup pintu hati lh utk sntsa memperbaiki kelemahan, mengakui dan mnyedari setiap mistake yg pernah dilakukan, insyaallah.alhmdulilah, masih disaat ini ku diberikan kudrat dan kekuatan jiwa utk memperbaiki sstgah perkara dan juga berpeluang utk menyucikan hati.mudah2n. insyaallah..
dlm coretan kehidupan minggu ini, hati ku tergerak utk berkongsi tntg seorang 'gurl' ni yg dikatakan statusnya telah bertunang.gurl ni sungguh cantik, gebu dan attarctive dikalangan staff2 di tmpat kerjanya.ape yg menyedihkan, penah satu hari ni, ana ternampak gurl ni telah meletakkan maruah harga dirinya ditahap yg lebih murah dr yg sepatutnya.xdelah terlalu rendah, tp still against what had been guided in our syariah which are de allowed some other man pegang tangan de, berlaga badan bila jalan rapat2 dgn sengaja, suap menyuap makanan dll 'aktiviti kemesraan'..what i was thinking, its so sad dan terkilan sedikit. persoalan 'mengapa, mengapa, dan mengapa' berlegar2 diruang hati dan fikiran ku.huk2..adik2ku dan saudara2ku seakidah dan sejantina..sayangilah anugerah kecantikan yg Allah dh kurniakan padamu,justeru hiasilah akhlakmu secantik rupa parasmu.pada ana sungguh merugikan dgn anugerah kecantikan yg Dia dh beri, tp akhlaknya hurmm..hancus..! sayang..sayang..dan sayang...hati ana menjerit dan merintih kesedihan melihat saudara, shabat dan adik ana yg terpedaya dgn pujukan, rengekan,pujian dan segala mcm lg lah dari seorang lelaki.we r not perfect, but xsalah we try to be perfect or try to be better..snts sedar akn yg haq dan yg batil bg stiap tindakan juga kesilapan yg pernah kita lakukan. tp tu la manusia, slagi buku tidak bertemu dgn ruas, slagi dahi tak terhantuk kedinding, slagi 'tak terkena' dgn kesan tindakan salah yg mereka lakukan, mereka xkan pernah sedar itu satu kesilapan.
wallahu'alam....