Sunday, April 19, 2009

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

Written by Firdaus Shah
Monday, 19 November 2007
Oleh: Mustafa Masyhur
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.

Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
A: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya–? KAtoi)

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak. Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan berteg
as untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia
.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan
segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.
Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik. Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

picnic di UnimasLake~

salam...tinggal brape ari saje lg paper exam yg prtama ana akn bermula.rasa neves +gementar pn jugak, namun diri ini masih lg berkesempatan mluangkn masa utk mengadakn program mengeratkn ukhwah bsama usrahmate di Unimas Lake yg tersergam indah sebuah jmbtan yg dbina mcm jmbatan p.pinang jek.tp pndek dr tu lah.he2.actly mlm td ada qiam d'umah k.ain, tp ana xprgi coz pg sbtu tu dh gi meeting penggerak kt unimas gak, n ingt mlm nk fokus study utk hbiskn tpic law.smlm tido kul 12 lbih, ingtkn nk styup smpai 1-2 pg, aduhh..mata dh stim thp mximum, so apelg, cuci muka n zZZzzzz..bgun kul 4lbih, pstu tido balik.kul 5bgun,mandi..subuh n tgu je lah k.ain amik. dlm kul 7 ana btolak ke umah k.ain, huk3..ngantok plak mata.ngeee!tp smpai sane xngantok dh sbb kena take over dapur, masak meehun n lempeng cecah sardin smbal. slurrppp...~yummy!dh r dh lma xmkn srdin.hu2..skali msak tmasin la skit.hish!tp stil ok leh mkn.eh, org tua2 kata kalau kita masak sardin kan, tndanya..err...ah, xpe r.huhuhu...

siap masak sume, dhuha.n bjalan la gi cari port bwah pokok yg redup skit, mkn la sarapan sambil mnikmati udara pagi dan nice view kat tasik unimas tu.berlatarblkg kn bridge like pinang bridge.er..agk r.hurm..pas mkn sume, k.ain ada hal n lepaskn kitorg sume nk wat ape ps ni.hhoho..ape lg, kemas sume brg, pstu tgal je kat bwh pokok tu.kitorg gi kt brij tu n cm bese la.poss sane , poss sni.la3..dh mcm wat videoklip pn ada gak.na3..pastu, bpluang tgok org men kayak.haha..yg tahannya, ada sepasang org men kayak , pstu jatuh dlm tasik tu.nasib pakai sfety jaket.tp memg susah la kalau dh jatuh tu nk nek balik ats kayak.ngu3..tkotnye..ngee.. yg si ct ni xcited sgt nk men kayak, siap jerit sorg kat org yg men kayak tu, soh ajak de sma men.suke2 de jek.hado..
dah puas bgmbar sume, jalan, men ikan..hehe..kemas br dn jalan la balik umah.hurm..unimas ni sunyi jer..mcm xde org pn yer..tenanggg jer..best gak~.smpai umah.sume terlepak kt depan tv dan akhirnya..krohh3..~~zzzZZ..skali qailulah ler tu.

bgun utk solat zohor..masing2 bsiap utk pulang. sblm pulang tu smpat lg mem'belasah' lempeng n sardin, sandwich,mehun kat ats meja tuh! ho3..syg bah!sape nk mkn..bazir je kan.hehe..bese r.muka ana la yg first mkn time tu..haa,sume ikot.la3..bgus2!sblm balik, bgmbar ngan tuan umah slaku yg lead kami slama ni.macehh k.ain. jasa baik mu kami kenang smpai bila2.sonok bila kami bsama.ada je celoteh xkering gusi kami bila berbual ssma sndiri.na3..huk3.ntah bila lg dpr bersama dgn antunna lg.
dh la ana sem akhir, dn slepas ini, mgkin akn beralih dn bertemu dgn usrahmate yg baru.hurm..xpelah, insyaallah,mg btemu lg akndtg dan ukhwah kita still berterusan dan kekal smpai bile2 mlalui doa yg kita pnjatkan wat shbat spjuangan kita.amin..~mudah2n.k.wassalam..sayang antum kerana allah.daa..~

Saturday, April 11, 2009

sanggupnyer kita..?!..~

knape manusia begitu..knapa manusia bgini...knapa manusia buat cmtu..knapa manusia wat cmni...pelbagai persoalan kdg bmain dfikiran tatkala melihat, merenung dan memikirkn gelagat, prangai dan tingkah laku manusia yg hidup sezaman dgn aku dkala ini..plbagai sbb, factor luaran dan dalaman aku memikirkn apakah sbnrnya yg menyebabkn mereka bgitu dan bgini... aku sedar, manusia tidak pnah lari dr kesilapan..tp apakah ksilapan tu plu diulangi , dan ulang dan ulang shgga menular kpd kjahatan yg lain?!

knapa bila wat jahat tu xpnah nk memikirkan nasib org lain, pngorbanan org lain, kesusahan dan kesannya pd org yg kita wat jht tu. dah xde ke naluri kasih syg dan simpati dalm diri mereka tu..? bukanka mereka ini juga dilahirkan dr perut seorg ibu yg hatinya pnuh dgn kasih syg..?!..yg peliknya..dgn ibu sndiri pn dh xde kasih syg tu.. shingga snggup aniaya ibu sndiri.?ya allah, ape kes??!! SANGGUP anak rogol ibu, anak tikam ibu kandung sndiri, anak curi duit ibu, anak pukul dera ibu, mcm2 lg lah..knape2??sanggupnye mereka bertindak mcmtu..huk3..
antum leh turut sama pikir pkara ni...?xkasihan ke pd ibu yg membesarkn, melahirkn, mengandung,..huh!bkn senang plak tu.haa, yg laki kalau nk rasa, ikat r buah tmbikai merah tu kat perut.cube try test!gi mane2 bawak je, xleh tggal pn, gi tandas, gi kje, gi mane je lah. xkan snggup dan tahannye. tp masih lg derhaka pd ibu sndiri.huk3..ana pn dulu bkn baik sgt.dgil, nakal, pnah je tgking mak, ye lah, memglah dak mntah lg..bknye kata xpnahwat dosa kt ibu, pnah je. tp alhmdulillah..kita smakin sedar sumer tu bila mningkat dewasa dan cube utk beri yg tbaik pd ibu kita. tp, syangnyer, ada juga yg sgelintir dr kita, dh besar pn xpaham2 lg. mane letaknya aqal yg allah beri. mne letaknya iman yg allah kurniakn. xguna pkai, wt pkasam!hurm..kawan2, ape2pn, utamakn lah ibumu terutama yg lelaki. bila kamu sudah berkahwin pn, syurga kamu adlh dbwh telapak kaki ibumu.

beri lah yg terbaik slagi ibumu masih ada, berakhlak lah dgn akhlak yg mulia slgi nafas ibumu masih didada. doakan kesejahteraan dia didunia dn di akhirat. hnya bekalan doa dr mu anak yg soleh, akn dbwa kedlm kubur mereka nti. mg snts muhasabah diri mncari redha ibu yg akn membawa redha allah pd kita.wallahu'alam..

Monday, April 6, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM PRAGRADUAN

salam pjuangan dan kerinduan wat sume pngujung setia bog ana yg dikasihi dan dirahmati allah hndaknya, insyaAllah. skian lama xmngepos berita atau info2 dlm ni.huhu, sume dsbb kn kekangan masa yg sgt jeles pd ana utk mengepos ape yg boleh dipos. kalau ikotkn , haritu nk berkongsi crite dgn antum sume pengalaman skit sbyk ana dan coursemate batch ana yg len , pgi e miri pd 26/3 hari tu..tp, xbksmpatan gak nk pos dlm ni. dgn progress test, assignment, research paper dan presentation yg perlu di prepare awl (xde la awl mana, still lastminit sbb masa sgt singkat!ho3..), dan perlu disiapkn pada masanya. sedayh gak sbb xdpt nk share pape dgn antum wat masa ni. ni pn , kbtulan baru balik dr mlm pragraduan dan bertekad utk pos gak smthing wat pngubat kerinduan antum sume.ewaahh..rindu kew..! xpe, ana sowg je yg windu..haha..

(ketibaan vvip masuk ke dalam dewan..bdiri n tpuk tgn sume..)
mula td ingat pegi nak naik saing k.gee n emelda naik keta. last2 xjadi, n decide naik bas uitm. nasib la.. alhamdulillah, gi awal td, singgah hep jap, tnya psal tiket bas. ada lg. yes!!btolak dlm kul 5 gak la kot td.ngan grup along,nik, mksu, ema, izah, liin,su, hazel n mai.bila kat hotel,kt sane kitorg meja sbelah2 je.cume ana je grup semeja dgn piya, k.gee,emelda,puyang,naza,dll. nak citer tntg makan ni, 1st round, pihak hotel ,hidang 3dishes n 2nd round hidang 5 dishes. sambil 2 tu, ada gak org depan sane hidang kn lagu yg xberapa sdap nk dgr. ade ke patut bwak lagu rncak n keras, mau tak tercekik org nk makan. huhu..lagha gak r, bnda batil yg dh jd satu kbiasaan dlm hidup umat kita skrg nih.hurm,..sblm kitorg masuk dewan tu, kitorg dh bgambar dh puas2 kat luar dewan, kat dlm dewan sblm mjlis bermula dgn ketibaan vip ( timbalan menteri sains dan teknologi).lepas vip balik, ada lucky draw.nmbor ana xde r btuah mlm td ni pn, xpe r, asal ada wakil kos ana pn jadik r.haha..pstu, trus majlis bsurai dan kitorg pn bergegas turun bawah utk naik bas yg dh sampai. tkot xckup bas je, bkn ape. so,mls la nk bgmbar2 lagi..ponek mokcik ni..ho2!!makeup pn dh cair..haha..bkn pkai mkeup pon.la3...!xpndai hipokrit..ewah..insyaAllah..

dan bila balik ni, ujan lebat la plak..hado..tpksala ku meredah ujan rahmat ini..wahh..habih ilang dh glamor,ahh..lntaklah..ana balik dgn jen. nasib lpas pkgad td.huhu. jen balik 'gerek' de, gerek de yg amik, nasib bwak 2pyong. de bg ana satu pyong. ha, yg dorg ni lntak la balik berkepit dlm satu pyong.hati2 ye jen..hehe..smpai umah agk kelencunan skit je r. k.ila dh tido. k.miza xde. hu, mnta la knci kt tgkap dr k.ila.. msuk umah, rhat jap, gtau mksu ana dh smpai.risau de td smpai nk soh ana tido gading r. soie ye.. bkn xsudi, cume satu xsuke nyusah kn kawan, kbtulan esok ada presentation clas pagi, sbjek CA. xprepare lg.ho2..pastu , ana basuh bilas telekung yg pg td rendam,jemur. mandi basahkn pale,kalo tidak confirm insyaAllah ponin pale. ana xleh, sitip dgn ujan. dh try dulu, konon kuat r..bila kena ujan skit, xmandi. hurm..ponin jugak..hado..dh r kena salu nasihat jgn mandi mlm, nanti akn dtg sng dpt pyakit.ngee..ntah.degil!!

then, post kt blog ni jap, study utk presentation CA. rehat..tido...zzz...jumpa lg..doakan yg terbaik utk ana dan shbat spjuangn..mg Allah pmudahkn sgala urusan kita, utk hadapi final xlma lg.maanajah wa taufiq fil imtihan..chayyok2!!..wassalam..


salam dr mujahidahuitms - pengemis cinta allah- alfaqirah ilallah...