Saturday, February 28, 2009

TIPS FROM SUNNAH NABI SAW

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:wajah yang cantik
2 .duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’

Saturday, February 21, 2009

dah jumpa...!

Knapa aku slalu mnangis bila memikirkan tntg mu,..
Knapa aku sakit, bila aku terlalu memikirkan mu..
Knapa aku takot,bila aku memikirkn tntg mu..
Knapa aku risau bila aku memikirkn tntg mu..
Adakah aku takot akn kehilangan mu,
Adakah aku takot akn dkcewakan oleh mu..
Adakah aku bimbang aku xdpt mbahagiakn mu..
Adakah mgkin krn aku terlalu syangkn dirimu..
Aku yg serba kekurangan..
Aku yg byak kelemahan..
Aku mrasakn aku xmampu utk mnyayangi insan sepertimu..
Aku takot aku berlebihan dlm mncintaimu..
Dan akhirnya aku dkcewakan..dan aku xnk itu berlaku,,
Tidak berniat aku menolak sbuah pernikahan..
Aku juga ingin mjadi umat nabi Muhammad..
Tp salahkah aku ingin mnjadi spt Rabiatul Adawiah..?
Walaupun cinta aku pd Ilahi tidak sehebat cintanya dia pd Penciptanya..
Krn aku yakin, aku dpt bhagia dgn cinta kpdNya..
Aku yakin aku tenang bersama CintaNya..
Aku yakin aku tidak akn dikecewakn dgn memberikan cintaku padaNya..
Salahkah aku..?salahkah….? ;’(…
Aku menangis hampir stiap mlm..
Bermunajat pd Allah demi meraih cintaNya…
Demi merasakan nikmat cinta Nya..
Dan akhirnya aku merasakannya..
Aku pernah merasakannya..
Dan akan tetap boleh merasakannya smpai bila2…
Dan itu lbih indah dan meyakinkan buatku..
Dan aku xkan mahu berpaling drNya ..mlainkan aku dipaling..
Bercinta dgn Pencipta yg sgt sayangkan aku..
Bercinta dgn Kekasih yg sgt prihatin dgn keadaanku…
Aku sgt bahagia dan tenang bersamanya..
Malah lebih bahagia dr segala2nya..
Tp harus gi mana utk aku mhadapi sume ini…
Aku xsanggup mengecewakan mu..
Aku xsanggup mnhancurkan impian mu…
Dan hanya ku harapkan
Agar dkau sedia mendengar dan menerima ..
Segala ape yg ditaqdirkan buat kita akan akn dtg..
Sungguh aku mencintaimu..
Tp cintamu tidak standing cinta Ilahi..
Dan cintaku pdmu tidak standing cintaku pd Ilahi..

Huuuuhh…alhamdulillah..aku lbih tenang kini..
Tenang dlm rahmat kasihNya..
Nikmat dgn rindu pd Nya..
Dan cinta ku akn tetap teguh pdNya…
Hnya pd Nya…
Dr Pengemis Cinta Ilahi..

Wednesday, February 18, 2009

Adakah rakyat sudah lali dengan maksiat?

salam mujahadah..

alhmdulillah smpat lg ana utk post smthing new that i got from my laptop, berbetulan dgn ape yg berlaku smalam, dan terlintas dpikiran ana utk dkongsi bersama. pnah suatu ktika bila makan brsama rakan2 smbil chit chat sane sni,.tibe kluar topic pasal Faizal Tahir.dorg ni criter punyer smgt sbb minat sgt kat FZ nih.ana pn bfikir sjenak,hurm..mcm xpaham nape dorg minat sgt pokcik' tu..ape yg ada pada dia yg xde pd artis lain, bkn shj artis, malah esp pd Rasulullah sndiri.!nape insan sebegitu yg djdikan idol..??huh, xpham2..then, ana tnyalah, nape smgt sgt nih..?erm..dorg jwb pew..ehh, suara die la wak..sedaaaappp!!kalo tgok dia nyanyi tu..mcm nii..(smbil tnjuk reaksi muka tercengang..).owh, cmtuh kew..ana pn tpkir la, artis lain pn ada yg lg sedap, tader pn nk minat smpai cmtu skali..aduss.ponin2!!
wahai mujahid, fikir2kan la..dimana kah spatutnya kita mltakkan qudwah hasanah kita yg sebenar.!jika 'tiang agama' pun tak didirikan dan dipacakkan dgn kukuh, inilah jadinya..jgn sampai generasi mereka akn dtg, Rasulullah pun xknal dah!..ya Allah, na'udzubillahi mindzalik!..
sbgai tmabahan,ana sertakan artikel yg ana dpt dr lptop ana, insyaAllah. mga dpt dambil iktibar..salam pjuangan.
1. Taksub dengan maksiat.

MENJENGUK sebentar di luar sana, kadang-kala terasa dunia ini terlalu asing buat sebuah kehidupan yang lebih bererti.'Trend' terkini rakyat memuliakan program hiburan dari sehari ke sehari semakin merimaskan. Sudah banyak episod terlampau yang berlaku, bukan saja 'pra***** terlampau' tetapi sudah ada 'rancangan TV terlampau' yang boleh ditonton umum termasuk kanak-kanak.Di sana sini, remaja mahupun si tua tetapi berhati muda, heboh menceritakan kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, dan Audition.Lebih malang lagi, mereka secara terang-terangan taksub dan menangisi peserta yang kalah bertanding dalam program tersebut.Berdasarkan pemerhatian, kegilaan membuak-buak dan taksub di kalangan penonton yang menyaksikan persembahan peserta memperlihatkan betapa mereka sudah terlalu jauh leka dengan buaian dunia. Yang tua sama sahaja, meratapi peserta yang diumumkan kalah. Sementara yang muda, berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim tanpa segan silu. Yang di atas pentas berpelukan juga tanpa mengenal batasan. Yang menjadi peliknya, 95 peratus peserta adalah Melayu Islam. Penonton Konsert Sureheboh pun hampir semuanya Melayu. Pelik, dalam kerajaan lantang mengumumkan Islam Hadhari, kerajaan sendiri membenarkan semua akspek yang menghancurkan melingkari rakyat.

2. Tanya muda-mudi

Cuba kita tanya kepada muda-mudi zaman ini, kenalkah mereka kepada pejuang-pejuang Islam yang telah syahid di medan perang? Kenalkah mereka kepada sahabat Rasulullah s.a.w.? Kenalkah mereka kepada mubaligh Islam?Tetapi tanyakan pula kepada mereka apakah mereka kenal dengan peserta popular Akademi Fantasia? Atau penyanyi dari Barat? Jawapannya tentulah kenal. Penyanyi berimej seks seperti Britney Spears telah menjadi mainan di bibir mereka. Mudahnya orang melayu mengangkat hiburan ke tahap tertinggi sukar difahami. Inilah natijahnya kalau tidak ada lagi elemen Islam yang boleh diketengahkan oleh media kepada masyarakat. Kalau ada hanya setengah jam sahaja rancangan agama di TV misalnya, mampukah nilai Islam diterapkan? Jika hendak dibandingkan jumlah jam siaran program taksub hiburan dengan program baik untuk kerohanian, terlalu jauh perbezaanya.Mengapa ini semua terjadi? Apakah fungsi pihak pihak seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Agama Islam dalam hal ini?Adakah menegur secara senyap-senyap? Atau mereka sendiri terpaksa redha dengan tindakan kerajaan hadari membiarkan masyarakat bergelumang dengan program maksiat.
3. Gunung menangis takutkan api neraka.
Di sini sukacita saya menyingkap sejenak satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib berada bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar." Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai daripada hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il: "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "jika padamu ada air, berilah aku minum!" Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan kasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis daripada sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."Nah, mampukah kita menjadi seperti batu gunung itu. Atau kita ini lebih keras daripada batu gunung. Keras tidak mampu dikikis dengan roh Islam. Malangnya nasib kita jika terus begini.

4. Remaja tak belajar, tetapi hanya menyanyi untuk kaya.

Memetik kenyataan Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia hiburan seperti 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia', 'Audition', dan 'Who Will Win' yang disiarkan dalam televisyen sebenarnya adalah untuk menghalang remaja daripada menuntut ilmu.Ini menggambarkan remaja tidak perlu lagi belajar tinggi, tetapi dengan hanya menyanyi mereka sudah dapat glamour dan boleh kaya. Inikah dasar penyiaran negara hadari yang mahu menguji bakat menyanyi dan memesong remaja? Malah rancangan di televisyen pula hanya tangkap muat, dibuat membuta tuli dengan mencedok idea negara Barat. Buktinya rancangan seperti 'Malaysian Idol' yang mana sebelum ini adalah 'American Idol'. Rancangan diimport, kemudian meniru rancangan mereka dan tidak fikir apa-apa kesan negatif. Stesen televisyen di Malaysia langsung tidak mempunyai idea untuk membentuk akhlak murni masyarakat, sebaliknya mahu melalaikan remaja dan mencari keuntungan saja. Inilah kebimbangan besar kita terhadap remaja, terutamanya yang menggilai dan taksub rancangan hiburan dengan keterlaluan. Bagaimanapun, lontaran pendapat, kritikan dan teguran kepada pihak kerajaan hadari tidak diendahkan, Semakin hari dilihat masyarakat semakin jauh, dan seakan serasi dengan taksub hiburan, malah taksub terlampau pula dengan maksiat. Bila ada orang yang mahu betulkan keadaan, orang itu dicemuh. Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih, menangis kerana tidak dapat turut serta berjuang di medan perang. Tetapi zaman ini manusia menangis kerana tak dapat menyanyi dan melakukan maksiat.

5. Masyarakat sudah lali dan taksub dengan maksiat?

Sepanjang menjadi wartawan, belum pernah lagi saya melihat mana-mana akhbar lain cuba mengupas isu maksiat secara terperici. Jauh sekali mahu mengkritik dasar kerajaan yang menghalalkan maksiat berleluasa. Kalau adapun hanyalah sekadar luahan rasa tidak puas hati pembaca yang diselitkan dalam ruangan surat pembaca. Sebagai seorang Islam saya malu dengan sikap acuh tak acuh kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi yang hanya membuta tuli dalam isu ini. Sampai bila kita mahu melihat keruntuhan akhlak di kalangan belia berterusan. Bukankah belia adalah aset masa depan negara? Ataupun kerajaan BN mahu aset masa depan negara ini tidak lagi mengenal Islam. Jika demikian, tanggungjawab memperbetulkan keadaan ini sekarang terletak kepada pendukung perjuangan Islam. Ayuhlah bangsa seagamaku kita bertekat membanteras semua ini sebelum Allah menurunkan kepada umatnya kehancuran. Ingatlah ALLAH berjanji akan menurunkan kehancuran kepada umatnya yang terlalu banyak membuat kerosakkan di muka bumiNYA ini.6. Tanda-tanda.Di sini saya perturunkan tanda-tanda hari kiamat yang pernah saya baca melalui sebuah buku. Antara tanda-tanda itu sudah berlaku, dan ini ternyata amat membimbangkan saya.Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir:

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar,risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki(homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-Nya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang ‘alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wednesday, February 11, 2009

Untungnya Mencintai Tuhan

salam..
wat sahabat2 dan pengunjung setia yg sedang mencari 'Cinta Sejati'.. fikir2kan 'advertisement' ini..mg ada manfaatnya, insyaAllah. uhibukum fillah..
Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.
Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.
Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada ora
ng lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.
Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.
Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.
Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.
Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan
Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.
Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.
Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:
1. Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.
2. Tiada saingan
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.
3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.
Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.
Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tu
han, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.
Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang
Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai.
Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.
Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmuBanyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.
ii. Di sudut realitinyaDalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:
a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.
b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.
c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?
d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?
e)
Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.
f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.
g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.
h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."
Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.
Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.
Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.