Saturday, January 31, 2009

GI MANA RASA DGN SOLAT KITA SIH…??

assalamualaikum warahmatullah..

Msti antum pernah dgar filem ‘ada apa dgn cinta’..tp kali ni,mari kita diskusi pula tntg Ada apa dgn solat’. Ya! Ada ape dgn solat yg kita laksanakan slama ini. Adakah solat kita tlah mberi kesan di hati kita or dtangkn perubahan pd diri kita. Apa yg kita harapkan sebenarnya dr solat fardhu yg kita dirikan? Huh, rabiatul adawiah..jgn memain.dikatakan; siap tulis kat nisan beliau..” ya Allah,kalau aku solat kerana inginkan syurga mu, maka cmpakkanlah aku ke nerakamu..”..amacam bleh?kita pe macam…?lepas solat..,’assalamualaikum waramatullah( kanan), assalamualaikum warahmatullah (kiri)..zummm…dgn bangga terus mengatakan ‘hurmm..lega aku dah solat!..’wahh…perasan sungguh bkn?!sejauh mana pen’dirian’ solat kita..telah berdiri teguh ke dgn seteguh2nye kew..?yg mana perintahnya sesuai dgn firman Allah : “Aqimushsholah..” maksudnya; ‘dirikanlah solat’. Ia bknlah skadar menunaikan semata2, tp yg diinginkan Allah adalah pendirian solat yg membentuk peribadi mukmin yg teguh dlm ketaqwaannya kpd Allah. Tp malangnya, apa yg terjadi..kita sering kali or mudah sgt berasa puas hati setelah bersolat..asal dh melaksanakan solat 5 waktu, alhamdulilah’ ucapan kita. Tidaklah mnjadi 1 kesalahan..btullah tu kita pnjatkan kesyukuran krana telah slesai mlaksanakan perintah Allah yg fardhu itu dlm sehari. Namun, jarang skali ada hmba Allah yg merasakan belum puas bersolat kerana belum merasakan kenikmatan atau kesan dr solat yg didirikan slama dia bersolat.

Cuba kita sama2 merenung..selalu tak kita lakukan perkara ini.. muhasabah diri kita setelah memberi salam dimana kita berfikir sejenak , ‘adakah aku khusyu’ dlm solat ku tadi?’, ‘dimanakah pikiran ku semasa aku bersolat tadi?’, ‘adakah aku betul2 hidangkan solatku hanya untk Allah semata atau ada niat2sampingan yg lain?’ dan mcm2 lagi.

Astagfirullahal’azim..istighfar dn bertaubat lah kita jika xpernah langsung muhasabah sedemikian..x terlintas kah di pikiran kita tntg sejauh mana Allah menerima solat kita. ? sedayh rasa hati bila sia2 saja solat yg kita lakukan. Yaa..sudah pastinya, kita memg sukar utk khusyu’ dlm solat.tapi sekurang2nya, bila kita berfikir sjenak dan slalu muhasabah tntg solat kita, xsalah bukan kalau kita snts berusaha utk khusyu’ dlm solat kita.insyaAllah. Allah lebih Mengetahui apa yg berada dlm hati2kita justeru mujahadah la kita sume dlm mendirikan solat terutamanya solat fardhu kita sehari semalam demi meraih mardhotillah wa sa’adah fiddunya wal akhirah, bkn saja itu malah berdoalah agar kita snts diberi kekuatan dan petunjuk dlm menjadi mukmin, super mukmin, dan terusan Super Duper Mukmin di muka Bumi Allah, insyaAllah.

persoalannya..gi mana la sih dgn solat kita?..jawapannya : ''alu pikir la sndiri k'.

Wallahua’alam…. Hamba Allah yg juga dlm proses mencari dan merasai knikmatan mendirikan solat demi menggapai redha dan Cinta Ilahi.

Sunday, January 18, 2009

KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SESI DEC’08 - MAY’09

Alhamdulillah, ana pnjatkan kesyukuran kpd Allah SWT krn dgn izinNya, kami baru sahaja menjalankan program Kursus Kefahaman Islam yg mana merupakan program wajib bagi pelajar2 part1 setiap smester. Ana hnya inginkan berkongsi beberapa aktiviti yg kami jalankan sepanjang kki ini berlangsung selama 3 hari ini, iaitu pd 16, 17, dan 18 jan 2009. namun demikian, jutaan maaf kpda antum sume ,ana xdpat nk post pic dlm blog buat smntara ni, krn USB cabel phone ana lost wat msa kini dan ana bercdang nk beli usb Bluetooth spy dpat transfer pic ke laptop secepat mgkin tapi blm smpat lagi nk beli skrg ni..afwan kathira. ape pn, bila dh beli usb tu nti, insyaAllah ana akn masukkan pics kki hari tu.k.
Buat program kki kali ini, ana diberi mandat dan amanah utk memegang jawatn dlm Biro Disiplin,insyaAllah. Erm..pada mlm yg pertama, kami tlh mngadakan slot LDK yg pertama selepas dr solat isya’ iaitu slot Taaruf; dmana dlm slot ini para peserta kki dminta memperkenalkan diri (butir2 pnting peribadi diri sch as nama pnuh, kos,asal, sek,hobi dll) sambil memintal benang pd jari telunjuk mereka sehingga lah mereka dh puas or habis mpknalkn diri mereka ,dan tanpa diputuskan, benang tersebut di pas kpd rakan yg lain dan jalankan proses yg sama spt td.. hinggalah habis kesemua ahli kumpulan masing mempknalkn diri masg2. Dan lihat hasilny nti, benang tersebut akn jd spider wap’ yg terikat di jari stiap ahli kumpulan tersebut. Nah! Agak menarik juga wpun kelihatannya agak sakit juga ya jari mereka dipintal dgn bnang yg halus. Ha3….
Kmudian, 17 hb jan = sabtu, Majlis Perasmian Program KKI sesi smester ni oleh Pengarah Kampus di Audi. Petang pula, kami ada slot Solat yg dimana para peserta diberi pengetahuan teori, refresh knowledge n practically mengenai solat,kepentingan solat dll oleh ustazah ??.slot muslimin di surau utama, slot muslimat di DJ.malamnya pula, slot LDK diadakan di Surau Utama.LDK ke2 ni berbentuk kreativiti whreby para pserta dikehendaki mereka dan membuat pakaian mandi yg akn dipakai oleh org islam dgn mnggunakan 4 helai kertas mahjong dan cllotape shj yg diberi oleh pihak pnganjur. memg agk mencabar coz spossed2b pkaian yg direka itu menepati ciri pkaian islam berlandaskn syara’. Tp apa yg terhasil,dpt kita lihat pelbagai design yg kreatif dan pelik2 yg direka oleh adik2 junior kita..ha2..sungguh melucukan pabila para pserta diminta memperagakan skali pkaian yg direka dan dipakai oleh model mereka pd mlm itu. Agk meriah juga pd mlm tu, ..huhu…moga Allah mengampunkan dosa kami jika ada keterlanjuran dan kealpaan spnjang slot ldk itu dijalankan.. astaghfirullahal’azim..(pic kat atas ni: antara fyc2muslimat yg turut sma dlm kki kali ini)
Pada pagi di hari yg terakhir, para peserta ada slot ceramah di Dewan Kuliah yg diberi oleh ustaz Ismail. Slepas itu, mereka bergerak ke Dewan Jubli utk Seminar Wakaf..siap pihak Stesen RTM, utusan Srawak dtg lagi dlm sesi tu utk merakamkan perasman seminar wakaf tu. (pic sebelah ni: antara fyc2 dan koordinator muslimin kki this sem)
Petang nya pula, Majlis Penutupan oleh EN.JALILLOP secara ringkas skali. Dan slot LDK ketiga kami mengadakan pertandingan permainan Bowling yg bolanya hanyalah dr kertas2 yg digunakan oleh adik2peserta utk buat pakaian mandi dlm slot LDK mlm td; ktas tu plu dironyok2 padat spy dpt dijadikan bola bowling nanti.thats all.dorg men atas pntas dan kita dpt tgok mcm2 gaya permainan bowling. Yg peliknya, ada siap men bola baling lg kat atas pntas tuh!..wadduh2..!!kok gitu skali sih..ha2..yg pastinya bak kata moderator slot tu, tak sume laki pndai men bola..!haa…btol3!!!

(pic sebelah: sempat bergambar wat kali terakhir slpas mjlis wida')..Kmdian, kata akhir…komen..ucapan,harapan dan nasihat dr wakil pihak coordinator muslimin dan muslimat serta para peserta skali. Then, majlis wida’, para peserta bersalam2 salaman dgn ajk dan fyc2 kki..so sweet, sad , n vary of feeling can be seen at the moment.thats all..majlis bersurai dan post mortem dgn sume fyc. Alhamdulillah..moga ape yg bermanfaat dr kki this sem dpt terserap sdkit sbyak di hati adik junior kami dan kami berdoa agr mereka dikurniakn ptunjuk, hidayah dan kekuatan utk wat perubahan pd diri masing2 scra tadrij. insyaAllah..mudah2an…wallahu’alam…wassalam..

Tuesday, January 13, 2009

DILEMA MAHASISWA ISLAM MASA KINI …

(Ikhtilat)
salam..ana nk berkongsi sdikit artikel yg ana amik dr sebuah laman di internet.. supaya kita sama lebih faham mngenai ihtilat dan dapat mengaplikasikannya, insyaALLAH...


“Perkara yang paling berat ditimbang oleh Allah di akhirat kelak ialah akhlak…” dari Abu Dawud & Tarmizi

Nabi diutuskan untuk menyempurnakan dan mengelokkan akhlak. Dan ikhtilat adalah termasuk dalam perkara akhlak…
Ikhtilat – pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
Islam ini fikrah,setiap benda ada dhowabit (garis panduan)..
Di dalam qamus Al-Muhit,ikhtilat berasal dari perkataan khalato dan dhomaja yg bermaksud bercampur.. (ikhtalato yakhtalitu ikhtilaat)

Merujuk pada kitab fatawa al-Mu3asiroh,perkataan yang melibatkan lelaki dan wanita
1) liqo’
2) muqobalah
3) musyarakah dan sebagainye..
Abu Asid Al Ansori bersama Rasulullah ketika nabi melihat sahabat dan sahabiah keluar dari masjid berpusu-pusu bersentuh-sentuh.. lalu nabi berkata kepada sahabiah2 itu supaya kebelakang supaya tidak berlaku ikhtilat..

Dalam riwayat yang same dinyatakan juga bahawa sahabiah2 ini berjalan di tepi dinding sehinggakan pakaian mereka tersangkut di dinding-dinding tersebut kerana hendak menjaga ikhtilat..

Almu’minuuna wal mu’minaat ba'dhuhum auliya’u ba'dh ya’muruuna bil ma'ruuf wa yanhauna 'anil munkar…

6 dhowabit yang telah ditetapkan oleh Yusof Qardhawi dalam fatawa al muasiroh yang perlu dijaga dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.


Kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat perlulah menjaga pandangan (ghoddul basar)..
· Jangan melihat aurat

Kedua-dua belah pihak hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syara3..
· Bagi wanita,semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..
‘juyubihinna’
· tudung yang menutupi bahagian dada..

Sentiasa menjaga adab (percakapan dan gaya jalan) supaya tidak melampaui batasan..
· Suara bukan aurat tetapi menjadi aurat kalau dilunakkan (manja dan melenggok-lenggokkan) …cakap dengan mantap,jelas dan tepat untuk menutup pintu-pintu fitnah
..“wa qulna qaulan ma'ruufa..
· Jangan melenggokkan berjalan, dan menghentak2 sehingga menarik perhatian..“tamsyi alastihya’

* bagi salam..
· seorang lelaki kepada seorang wanita atau seorang wanita kepada seorang lelaki adalah tidak digalakkan..
· seorang lelaki kepada jemaah wanita dibolehkan..
· seorang lelaki kepada seorang wanita (ade urusan atau telefon) dibolehkan…
· jemaah wanita kepada seorang lelaki dibolehkan..

Hendaklah kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat menjauhi perkara yang boleh merangsangkan nafsu..
Elakkan dari berduaan…Sesungguhnya yang ketiga itu adalah syaitan..
Hendaklah pertemuan itu berdasarkan keperluan dan tidak melampau..

SOALAN

1) bagaimana wanita yang memakai lipstik?

2) Bagaimana akhawat tu terlampau berkarisma,bersuara lantang,boleh ke dia naik menyuarakan pendapat,berjalan di atas pentas,menjadi pengerusi majlis dan sebagainya?

3) Bagaimana hendak menegah sahabat yang kerap berikhtilat melalui sms, YM. Friendster dan sebagainye??

4) Bagaimana menegah sahabat yang mempunyai hubungan ‘special’?

JAWAPAN

1) Kalau wanita itu memakai lipstik yang berwarna dan bertujuan untuk menarik perhatian, hukumnya haram…tetapi, jika tidak berwarna, (lip gloss n lipbalm) dan bertujuan kesihatan adalah dibolehkan…pakai lipstik berwarna di rumah untuk menarik perhatian suami…

2) kalau wanita itu berkarisma adalah perkara positif, dibolehkan sekiranya didalam majlis itu muslimat sahaja..tetapi jika bercampur syabab akhawat, hendaklah wanita itu menjage 6 batas-batas seperti yang telah ditetapkan oleh Yusof Qardhawi.. jika ada lelaki yang tidak boleh melihat wanita walaupun telah menjaga batas-batas itu, lelaki itu yang tidak dibolehkan hadir di dalam majlis itu, dan seeloknye bernikah…

3) Kalau bermesyuarat, dibolehkan.. kalau kuliah agama, dibolehkan.. (mesyuarat online,tafaqquh online)..jika nak bertanya tentang suatu hukum di blog-blog atau web lain, kita mesti tahu dia mahir bab ape, belajar dengan siapa, dan sebagainya… adalah lebih baik kalau kita tanya sahaja pd ustaz-ustaz yang kita kenal atau syeikh-syeikh yang jelas ke’thiqohan’nye.. tak perlu bermain dengn alam maya..

4) Amar makruf nahi munkar tidak mengenal adik beradik dan sahabat handai..kita sebagai muslim yang beriman perlu merasa tanggungjwab untuk menegur sahabat2..
· nasihat
· berbincang
· berdebat dengan cara baik dan berhikmah..


Daripada ber ‘sms’ dan ber ‘YM’, adalah lebih baik kita membaca quran… dan daripada kita membuang masa dengan menelefon, adalah lebih baik kite berzikir…jangan membuang masa dengan perkara sia-sia..

“ ketika Aku berikan kesenangan kepadamu, apakah yang telah kamu lakukan untuk agamamu?”

Wednesday, January 7, 2009

CINTA CARA ISLAM...gi mana sih??

PENGENALAN

Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib' itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai.


RASA CINTA XSALAH...
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

MENGAPA PERLU ADA PERATURAN CINTA??
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yangberlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

POHON CINTA TERLARANG...
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan , buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

PERATURAN CINTA...
Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan.
Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

APAKAH PERATURAN2 DLM HUBUNGAN CINTA?
Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencaPAi Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

TETAPI BAGAIMANA?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet!

PENUTUP...
Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum
Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain.
Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyman?" Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi .
Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam