Wednesday, December 31, 2008

PENGANTIN BASI...??

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Moga apa yg ana nk kongsikan ini dapat difikirkan bersama, diambil pengajaran dan ada manfaat bagi sume pengunjung blog setia yg ana kasihi, insyaAllah. Apa yg ana nk kongsikan adalah dari ape yg hangat terlintas dan yg ana rasa buat masa kini. Kebetulan musim cuti sekolah ni, ramai pasangan yg membuat keputusan untuk mendirikan masjid bersama pasangan masing2!alhamdulillah dan sama2 kita panjatkan kesyukuran kpd Allah Taala atas perkahwinan yg didirikan. Ana bukan lah org yg arif atau pakar dlm bab2rumahtangga, lebih2lg yg berteraskn syariat islam. cuma setahu ana, pabila ‘sesebuah’ pasangan (erk..btol ke pnjodoh bilangan tu ekk..?erm..blasah la, soie kalo salah)akan mendirikan rumahtangga, maka syaitan akan lari menangis bertempiaran krna sedihnya dia krn tlh gagal menggoda sepasang anak Adam utk bermaksiat kpd Allah. Ha3..!padan muka de…so, ramai2jom pakat kawin..la3..! biar syaitan bengkak n bengkek mata die asik nangis je sbb kita!!hak3….!
Cume ape yg ana nk crite kat cni, yg sayaaaang sangat…seribu kali sayang..urm…kebanyakan dari psangan yg jd Pengantin tu, mgkin ada yg dikatakan ‘pengantin basi’. Maaf sangat2 dr ana, bkn lah niat ana utk menghina atau mengaibkan sape2 or mane2 pihak. Tidak sama skali. Cuma ana nk berkongsi dan buka minda kita sama2 mngenai isu ini. Masa ana dengar pertama kali perkataan ni dr mak angkat ana yg disayangi, ana pn mula tersedar dn buka minda mngenai isu yg berkaitan dgn perkataan ni, pada zaman moden kini dan merasakan isu ini perlu dikongsikan bersama antum sume, insyaAllah.
Bagaimana yg dikatakan ‘Pengantin Basi’ yg kebanyakannya sering berlaku lbih2 lg pada masa kini. Knapa ana kata pd msa kini?knapa x masa dulu?.yelah..mana xnya, sume org tau..besenye kan org dulu, bila nk menikah, biasanya pakai org tengah or mak bapak yg aturkan. So mereka ni kebanyakannya bercinta lepas kawin dan nk di bawak dating ke hulu ke hilir pn lpas kawin. Tp apa yg sangat menyedihkan zaman kini, anak2muda ini yg trutamanya ingin mndirikan rumahtangga ni, blum2 lgi dh senang2 kuar berdating kehulu kehilir , tanpa bukan mahram dan lebih2lg bila dapat ‘greenlight’ openminded la katakana dr parents pihak perempuan. Then, bila sampai masanya naik pelamin, tu yg dikatakan Pngantin basi tuh..urm…afwan..tapi..
Ni bkn shja pasangan yg belum bertunang ,malah pasangan yg dh bertunang lagi lah…mengambil kesempatan atas ‘lesen tunang’ utk berkepit dgn tunang 24jam mcm laki bini! Apa nk jd dunia zaman skrg ni..huk3..agk nye tu yg dikatakn dunia akhir zaman. Ana sgt2 sensitif dn sedih dgn isu2 sebegini.,na’udzubillah! Takot bila bercakap tntg pkara ni sdgkan diri ini pn bukanlah yg terbaik.tp..itula..ana pn xtau la. Ana sndiri akn ‘Panas’ bila dengar dari mulut org lain ke, tgok sendiri apatah lg depan mata kita dengn pasangan2 yg berkepit jalan sana sni sedgkan masih blum ada hubungn yg sah.huhu..anaxnafikn.,dulu jahilnya ana pernah gak la cmtu skali.tp bkn lah dating ke hulu ke hilir..Cuma leh kata dating gk la. Tp kat libry.bual2 je la.xde nye nk jalan bdua2an.!xkuasa ana!dgn mcm tu pn, jujur ana sendiri rasa kekok sebenarnya! erm..sbb tu kesilapan yg lalu telah mngajar ana dan ana xnk sikap perbuatan ni dicontohi oleh adik2generasi muda, malah sume org. malulah pd diri sndiri bila jadi Pengantin Basi bila akad nikah or bersanding nnti!
That’s y bila mak angkat ana nasihat ana cmtu, ana grab n serap dlm diri sbb xmo naik plamin as ‘Pengantin Basi’.!huhuk.bunyinye pun dh xlalu nk dengar..aa..mcm makanan la, bila dh basi, nk ke kita makan lagi!mesti xlalu nk makan kan..?!insyaAllah..kita nk jadi Pengantin yg masih ‘Fresh’..segar dari lading..hhuhu, mcm wat iklan susu plak kan?!erm..tmbahan lg kita nk perkahwinan yg diredhoi Allah Taala. Jadi xseharusnya prkara yg ‘sumbang’ dan xmanis dipandang org ,dilakukan sblm sahnya ikatan sbg suami isteri. Fikir2kanla bersama dan sebar2kn isu ni pd saudaramu yg belum, akan, dan ingin mndirikan mahligai sakinah dlm rumahtangga mereka.insyaAllah moga apa yg bermanfaat dpat diambil iktibar bersama dan yg lemah serta kurang itu dtg dr ana sndiri.maaf jika ada kterlanjuan kata, tersilap bhasa hingga ada pihak yg tersinggung. Ssungguhnya Ana hnya hambaNya yg serba kekurgn dn sekadar peringatan dr ana buat kita mnuju JannahNya bersama2,insyaAlah.amin3!
However, Tahniah kepada sume pasangan yg telah dan akan mendirikan rumahtangga dan smg mahligai itu diisi dgn mahabbah wa rahmah ila yaumil qiamah, insyaAllah.wallahu’alam……

Tuesday, December 23, 2008

Ya Ayyuhasy-Syabab..!

-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya antum adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-

Buat adik2 dan sahabat2 tersayang...Cinta..ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecualiutk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macamkita menyintai Allah...
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah...Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...
Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi segala2nya..( Al-Anfal:2)
SAYANG...jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..SAYANG...jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..> akan mengeffect anak2 kita...> cucu cicit kite...> dan keturunan2 kita....Wal iyazubillah....Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...
TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita..."(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"
Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...
Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....Marilah sama2 kite menjaga hati kite...
Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....
tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 dan adik2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...Sahabat2 dan Adik2 sekalian, nasihatkan ana juga dikala ana terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah ana setiap masa...

Thursday, December 18, 2008

1st TiME pROgram di Johor..

Alhamdulillah..kelmarin ana dapat memanfaatkan sedikit masa ana dr pukul 9 -11.30 mlm untuk menghadiri Majlis Ilmu anjuran JIM dibawah kelolaan ALUMNI SMIH JB yg diadakan di Desa Skudai, sangat2 berdekatan dengan kawasan perumahan ana di situ. Bila ana tanya2 skit pada akhwat yg datang pada malam tu, program ni kebanyakannya memang untuk pelajar alumni SMIH yg kebanyakkannya dorg sekarang ni tengah cuti semester IPT..therefore, dgn penganjuran program sebegini dapat la kita manfaatkan masa bebudak ni dgn perkara yg berfaedah skit, insyaAllah…
Agak ramai juga yg datang pada malam tu..dan agak segan juga ana hadir sama dlm majlis tu disebabkan ana is a newface dctu dan bukan dr klgn alumni smih..huk3.!tp insyaAllah akhwat yg hadir cukup mesra dan ana pun tadelah terasa kekok bergaul dengan mereka..alhamdulilah.
Tajuk yg dikupas pd mlm tu agk santai juga yg berbunyi… :"COOL, GRAND & HAPPY EVER AFTER”..lebih focus kepada Bagaimana meraih Hidup yg Hebat dan Kebahagiaan yg Berpanjangan. As we all know, kita sume dh ditentukan 4 perkara,sejak dr alam roh lagi,seblm kita lahir ke dunia..iaitu yg pertama is Rezeki,kedua :Ajal, ketiga: Amalan dan yg terakhir is Sa’adah(bahagia) or Syaqowah (sengsara/celaka).


Ada kah insan yg bila ditanya samaada inginkn kebahagiaan or sengsara di dunia mahupun di akhirat, di jawabnya “aku teringin nk hidup sengsaralah..” ataupun..”xpelah..aku teringin nk rasa azab api neraka skitlah, bleh tak.”huh..?sape yg cmtu, leh la contact ana, tringin gak nk tau lebih lnjut tntg perasaan dia..hu2..!erm..normally, sume org inginkan kebahagiaan, kesenangan ..di dunia mahupun akhirnya di akhirat nti..so ending life kita tu dh ditentukan oleh Allah Taala di arashNya. Therefore, perbnyakkan berdoa kepada Allah agar kita ditempatkan dlm golongan yg mendapat Saadah di akhirat nanti, insyaAllah mudah2an…
Then, how to achieve the happiness in our life n the happiness is life forever n ever??? Dinyatakan dlm Buku Halal wa Haram Fil Islam karangan Dr. Yusof Al Qardhowi; dlm bahagiaan rumahtangga, insyaAllah..4 perkara yg membawa kebahagiaan:-
1-Memiliki isteri yg Solehah
2-Memiliki Tempat tinggal yg lapang
3-Mempunyai Jiran yg Soleh Baik
4-Mempunyai Kenderan yg Soleh

(HR Ibn Hibban)
Dr HR Ad Dailami juga ada menyebut 4 perkara yg membawa kebahagiaan iaitu Isteri yg Solehah, Anak yg Soleh, Bergaul dengan orang Soleh, dan memperolehi sumber rezeki dr dlm negerinya sendiri.
So, scr keseluruhannya ada 7 perkara yg di kupas serba sdkit di cni perkara2 yg membawa kebahagiaan dlm hidup kita di dunia ini dn juga as bekalan kita di akhirat nanti.
Nak tau tak..?perkataan ‘SA’ADAH’ hnya terdapat 2 kali sahaja disebut Di dlm al Quran iaitu dlm surah Hud:105 dan 108 (cuba tgok sndiri eh..) dan perkataan lawannya iaitu ‘Syaqowah/syaqi’ disebut 12 kali .
Erm..alhamdulillah..akhir pengisian, dibuka sesi Q&A. MI ditutup dgn Tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr. Masing bersalaman dan ana sempat gak sambung ta’aruf skit2lg.hehee…bukan senang dpt jumpa lg, hu2..em..dpatlah kenal dengan Ukhti Nawal (UMT), U.Sakinah (USIM), U.Raihanah (UTM), U.Atiqah, U.Yatie, U.Muhibbah, dll tu x sempat n xbrapa nk ingat nama sangat.af
wan kathira..insyaAllah, ada masa kita ketemu lg.moga ukhwah filah kita berkekalan fidunya wal akhirah. Dlm kul 11.30 lbih pulg..nasib bawak motor sndirik..huhu..thats all..wassalam…

Sunday, December 14, 2008

CARILAH ERTI CINTA YG SEBENAR..

Ana hanyalah manusia akhir zaman yang menyampaikan satu artikel terutama sekali untuk diri sendiri. Dari seorang sahabat untuk renungan kita semua.........
ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA,FANTASTIC............SEMUANYA HANYALAH PLASTIK!

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai -nilai di atas...semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta diatas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islamialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa juabarangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta...pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmaradana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .
Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggarispandu corak meminang wanita....tetapi anak anak muda dewasaini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta..........dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalamlautan cinta yang memabukkan .

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan,keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata -kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya..... ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satumasa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayangke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalamIslam....bukan seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yangmana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya.Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi.Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahanhanya satu kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati . Ada yang jadi baik..bercakap yang baik baik di depan orang yang dicintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu.....berasaskan cinta yang penuh didikan iman..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang pernah terjadi dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak anak muda kita ....bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam....Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan perasaan mereka.....agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukan kah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?!!!!!!!

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila diberinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah" So kata kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

wallahu'alam bissawab...

Tuesday, December 2, 2008

Mesti Baca...!moga ada manfaatnya..

Assalamualaikum warahmatullah buat semua pengunjung setia blog ana.bagaimana dengan semester holiday kali ni bg semua student IPT,.moga dapat diisi dengan perkara dan aktiviti yg bermanfaat hendaknya, insyaAllah.
Antum ingat lg tak kisah yg ana pernah criterkan dulu di dlm blog ini tntang along (bkn nama sebenar) yg ingin berubah dr zaman jahiliahnya kpd jalan kebenaran. dcni ana ingin berkongsi smbungan perkembangan kisah tersebut. baru2ini, dia telah sms ana dan menceritekan masalah yg dia hadap dlm masa cuti sem ini, pabila dia pulang ke kmpung halamannya... sms nya berbunyi seperti di bawah ini (*font yg Tak Bold :msg dr dia ,*font yg Bold: jawapan n nasihat dr ana utk along)...moga apa yg bermanfaat dan berguna dpt di ambil sbg pengajaran dan kekuatan diri bg mereka yg mengalami situasi yg sama dengan along, insyaAllah...

START ...
YA allah aizat, along xpandai nk jaga kawan2 alg..alg rsa
alg ni lah kwan paling teruk . alg xmampu nk tunjukkn dorg jalan yg betul sbab alg sndiri xbtul tpi at least alg da sedar mlalui dosa2lama (setiap orang akan dan pernah wat kesilapan dan dosa2 or kesilapan yg lepaslah mengajar kita erti kehidupan dan panduan dlm menelusuri hidup didunia ini sebagai bekalan kita di akhirat nanti..) n xnk tersesat lagi.tp alg xmampu nk wat ape2 sedangkn kwn2alg rosak depan mata alg. Alg xnk dorg rasa ape yg alg rasa.alg hnya mampu nasihat n dorg yg pilih jalan yg dorg nak..tp bila dorg dh kena, alg yg terseksa. Kalo la alg kawn yg baik. Xpun banyak sekurg2nya alg mampu mnyedarkan dorg sikit.(btol kita memang nk menyedarkan dorg dgn usaha kita bg nasihat sbagainya, tp kena ingat samada dorg terima or sedar untuk berubah or mndapat hidayah Allah tu adalah kerja Allah..kita tak leh sesekali cmpur tangan atas urusan Allah..yg kita perlu buat adalah ‘bekerja’ untuk itu spt tidak putus dlm mngajak dan menasihati kawan2/shbt2 kita..k!Allah akan melihat usaha kita bukan hasilnya sbb Hidayah milik Allah..ingat tu..)tp ape yg alg ada nothing!. Along rasa diri alg xlayak jdi kawan sesapa!(jgn putus asa..Allah tak suka..menganggap diri itu dan ini dll spt berputus asa.yakinlah alg..sbb Allah tahu alg mampu la, Dia berikan alg ujian ni.mgkin ini cabaran buat alg untuk mengajak dan memperbetulkan akhlak kawan2alg yg lama tu setelah Allah beri petunjuk pada alg.cumanye kenalah bnyak bersabar dan tabah hadapi sume ni..)

Susahnya tuk alg berubah.sume mata org nmpak alg ni mseh teruk sbab kisah lama.(urm..bese r tuu..dah dorg kenal kita yg dulu..memang la take time skit untuk dorg kenal kita yg’baru’ nii..keh..!)mmg btul alg manusia yg teruk dulu n sume family alg tau bnda yg alg wat, smpaikan alg bawa k.maya (boleh dikatakan shabat yg baik la ) blik umah pun dorg mc ragu2 dgn alg.dulu alg pnah rapat dgn kwn pmpuan alg tu n knlkan dgn fmily tp akhirnya dorg tau hubungan kami rapat lbih dr kwn, tp skrg alg dh bubh n dh berusaha tnjukkan kat dorg. alg nk kpercayaan dr family alg .tu kkuatan alg . alg tersepit dlm kesungguhan dorg dlm pshabatan kami, tp algx kuat berdepan dgn dosa2 yg dorg wat, dr arak, video lucah n benda2lain. nAsihat dr mulut alg bagaikan ayam berkokok (huh ! naper lak…??mulut alg ada mcm ayam kew?..hik3..gurau jew!.). Nk tingalkan je kawan mcm tu. (terpulang pada alg. Coz mcm aizat gtau dulu, if alg rasa msih tak kuat n takot terpengaruh dgn perbuatan dulu bila msih berhubung dgn dorg, tinggalkanlah or kurangkan bercontact dgn dorg wat sementara..but if u r felt that ur faith r really strong to face them or advice them, just be ur newself now n show u r changed! Try ur best efforts utk ajak dorg kmbali ke pangkal jalan dgn pnuh hikmah..orait!).alg xsanggup byk bnda susah sng kami lalui bersama n dorg mc bersungguh2 trus brhubung dgn alg walau cmana pun. Apa alg nk wat aizat, nk pkai tudung labuh tnjukkn perubahan yg bersungguh2 alg malu aizat. Tatu tnda kesamsengan ni pun mc terukir kekal kat tangan alg. (pasal masalah tatu ni like this, if tatu yg ada pada mana2anggota tubuh badan alg tu jenis yg kekal sebati dalam daging tubuh alg dan susah untuk dibuang or mendatangkan kemudharatan jka dikikis, pembedahan dan sebagainya, maka dlm hal ini, setahu aizat, kita berserah la pada Allah.pohonla ampun sebanyak2nye pada Allah atas perbuatan dan dosa2kita yg lalu dengan kerap menunaikan solat sunat taubat dan istighfar sebanyk yg boleh, byakkan berdoa, dekatkan diri dgn Allah..insyaAlah mudah2an dgn rahmat kasih sayang Allah, Dia akan mengampunkan dosa2 kita yg lalu tu..yakinlah rahmat maghfirah Allah Taala lbih besar dr kemurkaanNya..insyaAllah..) sebenarnya nk mengenekan tudung biasa kat kepala alg ni pun rasa xlayak.(alg..tkde istilah ‘tak layak’ dlm melaksanakan perintah Allah. Sapelah kita..kita sume sama..org miskin, kaya, tua,muda,hodoh, cantik..sume org wajib patuh perintah menutup aurat , bukan hanya sekadar bertudung.Islam tak menyusahkan umatnya..dlm alQuran pn bukanlah ia state kan absolutely mesti pakai ‘ tudung labuh’, but mesti labuh sehingga menutupi bahagian bawah dada. See.! As long as tdung kita menutupi bwh paras dada dan tidak menampakkan bntuk bahagian yg tidak sepatutnya,ok la tu..Cuma bertudung labuh itu yg terbaik insyaAllah, ‘agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu’(33:59)..)

Dulu masa alg da bertudung, prnah brape2org bdak laki ternmpak scras pisau tulisan yg terukir kat tangan alg, dorg nyanyikan lagu “minah2bertudung cacat otak” tujukan kat alg, alg btudung tp ada scras pisau budak emo kat tangan yg alg pnah wat masa kat mukah dlu n xbole ilang.Tuhan je yg tau perasaan alg masa tu, tpi alg kuatkan nekad gak trus bertudung. Dulu alg berpakaian llaki.rmbut llaki.(aihh..asal rmbut laki lak..?erm, xpe..along kan perempuan dan rambut tu bkn satu masalah sbb ia kan boleh memanjang..so, mulalah utk bela rambut pjg skit mulai hari ini..he2.sonang baitu!) Sekarang bila kawan2 nmpak alg ladies n bertudung n ketawakan alg ,alg kuatkan ati trus gak berubh n xnk mcm dulu gik alg x iraukan ckp kwn2. Tp tuk pi lbih jauh alg blum ada kekuatan aizat. Tp ape yg alg da wat mc xckup………terseksanyer jiwa alg.(memangla along..its ok,Laa Tahzan!..iman kita sume sama standard Allah ciptakan..'YAZID WA YANQUZ" :NAIK DAN TURUN. Org yg bese2 pn msih tak cukup dgn pembinaan iman setakat itu sja. disebbkn iman kita naik turun la, bkn alg sja mlah sume org kena snts istiqomah dan istimrar dlm membina dan mngukuhkan iman masing2 ila yaumil qiamah.teruskan usaha mncari hidayah Allah, bertaqarrub dgn Allah, belajar dan kaji ilmu Islam selagi boleh, ilmu Allah sgt luas..insyaAllah dgn usaha kita ke jalan Allah ni lah sumber kekuatan kita coz yakinlah Allah akn bantu dan tunjukkan jalan2 (bkn1 tp banyak jalan yg Allah dh janjikan dlm AlQuran) kpd sesiapa yg ingin mncari RedhaNya,insyaAlah mudah2n..) Jauhnya perjalanan alg lgi..alg tetap xdpt tutup dosa3dulu dr mata family alg ..mudah2n alg dpat bertahan dgn sume ni.. (insyaAllah along..yg penting kena banyakkan SABAR,USAHA,DOA dan ISTIQOMAH (SUDI).Memang bkn mudah utk berubah tp bkn juga mustahil .Sbg analogi karat yg ada pd sebatang besi. bila karat tu tak dibuang dan dicat semula pastinya besi tersebut akan rapuh dan mudah di bengkokkan dan patah!sbb tu utk membaiki dan mncantikkn besi tu, kita perlu bersihkan dulu dgn kertas pasir, cthnya,utk buang karat tu dan pastinya masa gosok besi tu dgn krtas pasir tu,besi trsebut mgkin akn rasai sdikit sakit tetapi hnyalah utk smntara. dan apabila hilang sudah karatnya barulah akn dicat semula atau di spray spy lebih cantik. Nah!samalah besi tudianalogikan spt hati kita yg penuh dgn karat2jahiliah yg berada di dalamnya.dlm masa kita membuang sikap or perbuatan ms zmn jahiliah kita, mgkin kita akn sdikit 'sakit', xsabar, diuji dgn bermcm2godaan dan cabaran. so, kita msti bertahan dan sbar dgn ujian2tu.pohonlah kekuatan dr Allah dlm mngharungi sgala ujian2trsebut,sesungguhnya kpd Dia lah kita kembali dan daripada Dia lah kekuatan yg kita miliki."Perubahan memerlukan Kekuatan dan kekuatan itu tidak boleh tidak kita yg kena bina sndiri"..insyaAllah yakinlah dgn pertolongan dr Allah..keh!wallahu'alam.) doakan alg aizat, alg sgt perlukan shabat yg dpt terus ingatkn alg. Kdg2alg lemah slemah2nya..erm… (insyaAllah..ana sedia membantu semampu yg bleh jika along perlukan pertolongan.jgn sesekali rasa segan dan rendah diri utk berkawan dgn shabat2 yg baik diluar sana. mereka sentiasa mengalu2kn kehadiran insan spt anti dlm perjuangan hidup ni.yg penting sekali mesti ingat 1, JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH..Teruskan jihad anti dlm melawan nafsu dan dlm proses mentarbiah diri anti serta org lain, insyaAllah..)