Tuesday, January 13, 2009

DILEMA MAHASISWA ISLAM MASA KINI …

(Ikhtilat)
salam..ana nk berkongsi sdikit artikel yg ana amik dr sebuah laman di internet.. supaya kita sama lebih faham mngenai ihtilat dan dapat mengaplikasikannya, insyaALLAH...


“Perkara yang paling berat ditimbang oleh Allah di akhirat kelak ialah akhlak…” dari Abu Dawud & Tarmizi

Nabi diutuskan untuk menyempurnakan dan mengelokkan akhlak. Dan ikhtilat adalah termasuk dalam perkara akhlak…
Ikhtilat – pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
Islam ini fikrah,setiap benda ada dhowabit (garis panduan)..
Di dalam qamus Al-Muhit,ikhtilat berasal dari perkataan khalato dan dhomaja yg bermaksud bercampur.. (ikhtalato yakhtalitu ikhtilaat)

Merujuk pada kitab fatawa al-Mu3asiroh,perkataan yang melibatkan lelaki dan wanita
1) liqo’
2) muqobalah
3) musyarakah dan sebagainye..
Abu Asid Al Ansori bersama Rasulullah ketika nabi melihat sahabat dan sahabiah keluar dari masjid berpusu-pusu bersentuh-sentuh.. lalu nabi berkata kepada sahabiah2 itu supaya kebelakang supaya tidak berlaku ikhtilat..

Dalam riwayat yang same dinyatakan juga bahawa sahabiah2 ini berjalan di tepi dinding sehinggakan pakaian mereka tersangkut di dinding-dinding tersebut kerana hendak menjaga ikhtilat..

Almu’minuuna wal mu’minaat ba'dhuhum auliya’u ba'dh ya’muruuna bil ma'ruuf wa yanhauna 'anil munkar…

6 dhowabit yang telah ditetapkan oleh Yusof Qardhawi dalam fatawa al muasiroh yang perlu dijaga dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.


Kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat perlulah menjaga pandangan (ghoddul basar)..
· Jangan melihat aurat

Kedua-dua belah pihak hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syara3..
· Bagi wanita,semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..
‘juyubihinna’
· tudung yang menutupi bahagian dada..

Sentiasa menjaga adab (percakapan dan gaya jalan) supaya tidak melampaui batasan..
· Suara bukan aurat tetapi menjadi aurat kalau dilunakkan (manja dan melenggok-lenggokkan) …cakap dengan mantap,jelas dan tepat untuk menutup pintu-pintu fitnah
..“wa qulna qaulan ma'ruufa..
· Jangan melenggokkan berjalan, dan menghentak2 sehingga menarik perhatian..“tamsyi alastihya’

* bagi salam..
· seorang lelaki kepada seorang wanita atau seorang wanita kepada seorang lelaki adalah tidak digalakkan..
· seorang lelaki kepada jemaah wanita dibolehkan..
· seorang lelaki kepada seorang wanita (ade urusan atau telefon) dibolehkan…
· jemaah wanita kepada seorang lelaki dibolehkan..

Hendaklah kedua-dua belah pihak syabab dan akhawat menjauhi perkara yang boleh merangsangkan nafsu..
Elakkan dari berduaan…Sesungguhnya yang ketiga itu adalah syaitan..
Hendaklah pertemuan itu berdasarkan keperluan dan tidak melampau..

SOALAN

1) bagaimana wanita yang memakai lipstik?

2) Bagaimana akhawat tu terlampau berkarisma,bersuara lantang,boleh ke dia naik menyuarakan pendapat,berjalan di atas pentas,menjadi pengerusi majlis dan sebagainya?

3) Bagaimana hendak menegah sahabat yang kerap berikhtilat melalui sms, YM. Friendster dan sebagainye??

4) Bagaimana menegah sahabat yang mempunyai hubungan ‘special’?

JAWAPAN

1) Kalau wanita itu memakai lipstik yang berwarna dan bertujuan untuk menarik perhatian, hukumnya haram…tetapi, jika tidak berwarna, (lip gloss n lipbalm) dan bertujuan kesihatan adalah dibolehkan…pakai lipstik berwarna di rumah untuk menarik perhatian suami…

2) kalau wanita itu berkarisma adalah perkara positif, dibolehkan sekiranya didalam majlis itu muslimat sahaja..tetapi jika bercampur syabab akhawat, hendaklah wanita itu menjage 6 batas-batas seperti yang telah ditetapkan oleh Yusof Qardhawi.. jika ada lelaki yang tidak boleh melihat wanita walaupun telah menjaga batas-batas itu, lelaki itu yang tidak dibolehkan hadir di dalam majlis itu, dan seeloknye bernikah…

3) Kalau bermesyuarat, dibolehkan.. kalau kuliah agama, dibolehkan.. (mesyuarat online,tafaqquh online)..jika nak bertanya tentang suatu hukum di blog-blog atau web lain, kita mesti tahu dia mahir bab ape, belajar dengan siapa, dan sebagainya… adalah lebih baik kalau kita tanya sahaja pd ustaz-ustaz yang kita kenal atau syeikh-syeikh yang jelas ke’thiqohan’nye.. tak perlu bermain dengn alam maya..

4) Amar makruf nahi munkar tidak mengenal adik beradik dan sahabat handai..kita sebagai muslim yang beriman perlu merasa tanggungjwab untuk menegur sahabat2..
· nasihat
· berbincang
· berdebat dengan cara baik dan berhikmah..


Daripada ber ‘sms’ dan ber ‘YM’, adalah lebih baik kita membaca quran… dan daripada kita membuang masa dengan menelefon, adalah lebih baik kite berzikir…jangan membuang masa dengan perkara sia-sia..

“ ketika Aku berikan kesenangan kepadamu, apakah yang telah kamu lakukan untuk agamamu?”

2 comments:

nur qalbi said...

hurm..
btol tu..dlm sedar x sedar..ada yang menggunakan blog sbg tempat melampiaskan kehendak hati kepada yang bukan haq...
-ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-
syukrann...

Nur said...

btol3!..jazakillah ukhti..
pelbagai laman web, blog, tagged, frienster skunk nih djadikan platform utk mncari pasangan, 'gerek', couple dan mcm2 term lg lah..erm..spatutnya laman2 sbigini lah djdikan platform utk sebarkn dakwah pd masy umum..insyaAllah..wallahu'alam..