Friday, March 18, 2011

Hubungan seks suami isteri dalam Islam

Salam IMAN..
Tatkala kita membicarakan tentang seks, ianya amat perlu kepada sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan.

bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu

"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".

Rasulullah saw bersabda:

"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )

4 comments:

+akufobia+ said...

best tak kahwin?

Nur said...

insyaallah,bila kita tahu kelebihan kahwin, matlamat pekahwinan hikmahnya, pasti la best,hehe..alhmdulilah, sofar, yg ana rasa gtu.ada suke duke asam garam dlm perkahwinan tu biasala..xsumenye manis, dan xsumenya pahit.pahit dan manis tu la yg mnjadikan perkahwinan itu lbih manis,mudah2n.ins'a..ngee..

=ciksiti= said...

acap tanya nk timba pengalaman tu zat..lepas nie turn dia kot...hehe3

Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”

Nur said...

amin..mudah2n..dgn izin allah.. hehe.