Friday, March 18, 2011

Hubungan seks suami isteri dalam Islam

Salam IMAN..
Tatkala kita membicarakan tentang seks, ianya amat perlu kepada sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan.

bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu

"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".

Rasulullah saw bersabda:

"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )

Tuesday, January 18, 2011

kat mana bhgn sbenarnya??

bile kite sakit, kite xtau puncanya..
yg tau tu tau la..
tp lau skrg ni ana sakit, ana xtau sbnrnya bhgn mana sbnrnya yg sakit..
nk kata sakit perut, xrasa cm sakit perut,
nk kata cm sakit dada,
ana xrasa semput or susah utk bernafas,
so, bukan sakit dada la kan,
nk kata sakit tulang rusuk (ada ke sakit tu)..
so, bile tekan2 kt tulang rusuk, rasanya bukn tulang rusuk yg sakit,
tapi, sakitnyerrr...na'udzubillah..
nk gerak skit, rasa stuck sakitnye,
nk bongkok stuck
nk angkat tangan stuck,
tarik napas dalam2 pn stuck,
nk stat batuk lagi la stuck..
stucking olwes..
huhu..for time being, xde rasa nk jmpe doktor lg.. (dlm otak ni slgi xflat, xyah la kot..huhu.) just in my mind, lau ini sbg kifarah.. mohon agar allah ampunkan dosa2 ana slama ni, dan ana redha ats ujian dr Nya.. wallahu'alam..
(..sdg menahan sakit yg teramat)..

Monday, December 27, 2010

nk cakap sayang pun susah..


kite sayang kawan kite
tapi kite jarang skali meluah yg kite syg die
ntah2 mmg xpernah pn luahkn yg kite syg die,
so, no wonder la lau de pun xrealize yg kite syg die..
tapi lau kite dh luahkan kite syg dia pun
dia wat dono je..or xkesah pn kite syg die ke tak
mmg la kite rasa puas sbb kite dh luahkn kat die yg kite syg dia..
masalahnya skrg adalah...
sama ada dia hargai atau tidak
perhatian, prihatin dan kasih syg yg kite berikn pd dia..
msti sedih dan kecewa kan bile menyayangi org yg tidak menghargai
malah tidak menyayangi kite pun..
hurm..myb die syg..
tapi de tak tnjuk..
so, kite assume die tak syg kite..
habis , nk wat cane..
syg bukan leh dipaksa
lau korang syg seseorang dgn ikhlas..
spatutnya sayangilah diri die tanpa bersyarat
dan tanpa mengharapkan balasan..
barulah adanya hidup beerti pada memberi..
so, skunk ni..xkesahlah sama ada die syg aku ke tak..
asalkan... aku tetap syg die kerana Allah..
sebab..
korang saudara seakidah, seperjuangan dan seangkatan
dan se-se yg lain...hek3..
ape2pun..aku sayang korg sume..

Tuesday, November 23, 2010

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangankudititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlenaYa Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehaIsteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri
yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...
-hidup beerti dgn memberi-

Thursday, October 21, 2010

suara hati hati-hati mencari hati..

oh hatiku..
dimana hati ku, dimana imanku..
aku mencari mu stiap detik
aku merinduimu stiap saat
aku perlukan mu di stiap ketika..

oh hatiku.. mengapa terasa jauh skali..
jauh dr diriku yg memerlukan mu..
kenangan kite bersama
tatkala suke dan duke..
membuatkan aku slalu merinduimu..
lebih2lagi dikala aku di dlm kesdihan dan kedukaan
engkau menguji di kala aku sendirian..

oh hatiku..
dulu engkau yg membimbingku
di kala aku bercelaru..
dulu engkau yg meningatkn ku
di kala aku sedang buntu..
dimana diri mu disaat ini..
tatkala aku perlukan mu..
aku yakin..
Allah jua merinduimu..
rindu untuk mendengar keluhan suara mu..
rindu utk mendengar rintihan mu..
di manakah dikau
duhai suara hatiku yg dulu..

oh hatiku..
dulu engkau pernah dididik dgn tarbiah islamiah
dgn akhlak yg terpuji..
dgn iman yg terpelihara..
dgn ibadah yg mantap..
dgn amal jamaie yg deras dan cergas..
justru, mengapa kini engkau menjauh..
mengapa kini engkau menyepi..
tidakkah engkau rindu pada Ilahi..

oh hatiku..
kembali la pada ku..
kerna aku sangat merinduimu..
kerna aku sangat memerlukan mu..
disaat air mata yg menitis ini..
sungguh aku kata kn yg aku amat menghargai kehadiran mu..
dan aku berharap agar dikau bersama2 aku..
sampai kapan dan gimana pn keadaan ku..
aku tetap ingin bersamamu..
justeru,
pulanglah oh hatiku....

..luahan suara hati ke hati yg pernah bertakhta di dalam hati ini..
-dr hati yg perlukan hatinya dulu kembali, kerna hati nya kini sedang sepi dan sendiri-..

Tuesday, September 7, 2010

wanita..please, jgn lemah sangat..!!!

selawat dan salam ke atas kekasih Allah Rasulullah s.a.w..

wanita kaum yg lemah,
hakikatnya ya.. mmg lemah,
itupn lau nk compare kekuatan fizikal angkat berat ke, bergusti ke dgn kaum adam.
tp xjugak lau nk compare dgn yg satu ni..
ngandung 9 bulan,
uruskan umah tangga sehari suntuk lepas balik kerja,
bangun malam uruskn ank kecil yg nanges..
haa..kaum adam, pikirkan, sanggup ke..??kuat ke..?sbar ke..??
justeru kaum hawa esp muslimah..
please ana mohon, jgn la lemah sangat,
jgnlah lemah pd pujuk rayu kaum adam bukan mahram
pd yg menggoda, memujuk rayu, memuji kecantikan mu, semata2 ingin memiliki tubuhmu,
jgnlah lemah pd nafsu mu yg ingin menyayangi dan disayangi pd yg bukan halal buatmu,
jgnlah lemah pd keinginan nafsu untuk berzina, bersosial tanpa had, dan berhibur tnpa batas,
jgnlah lemah pd trend fashion duniawi yg bertentangan dgn syariat islam itu sndiri,
hanya dugaan yg seremeh ini yang engkau mudah kalah..
sedangkan cabaran dan mehnah dlm menjaga anak, menguruskn umahtangga
engkau boleh hadapi dgn tabah dan sabar..
tp engkau kalah dgn nafsu mu..

mengapa..??
dimana silapnya..?kalau itu yg ngkau tnyakan..
justeru ana bertanya kembali....
apakah engkau telah memacak tiang iman yg teguh dlm hatimu..?
dimanakah engkau letakkan cinta Allah dihati mu berbanding kepada makhluk lain?/
bilakah kali terakhir engkau menangis kerana mngenangkan dosa2mu pd Allah..?
adakah engkau istiqomah dgn tahajjub, taubat, dan munajat mu pd Allah setiap malam..?
berapa kalikah engkau mengingati Allah dlm sehari..??
adakah time solat shj..(tu pn sure, sbb xkhusyuk pn..),
adakah time bace doa..(hati bukan btul2 mnsyukuri pn, skadar cukup syarat n xsabar nk suap nasi kt mulut je)..justeru, bilakah,..berapa lamakah..??
ana rasa dr situ, antunna sume leh menilai sjauh mana kekuatan antunna dalam diri, dalam iman, dlm hati..
g mana..sudah dapat mengkoreksi diri atau belum..??


ana pohon banget..(waduh..tetiba aja kluar jawanyer nih..hehe.maaf ye.salu sgt tonton filem endon, inilah jadinya..)
peliharalah akhlakmu dihadapan ajnabimu,
hiasi la diri mu dgn senyuman yg terlindung dan budi bahse yg lembut tp tegas
dlm mempertahankan pegangan mu dgn syariat islam,
bukan mudah, tp bukan susah..dekat kn diri mu dgn Ilahi..
nescaya hatimu dpt membezakan antara yg haq dgn yg batil
dpt membezakan mana yg perlu dan mana yg tidak
dpt membezakan mana yg halal dan mana yg haram
dan dapat memilih 'imma syakura wa imma kafura'...
wanita...tolonglah..jgn lah lemah..
jika kamu lemah, nescaya lelaki akan lemah...
pabila lelaki lemah, msyarakat lemah, negara lemah dan segalanya akan musnah..
justeru wanita..,kuatlah..
yakinlah engkau kaum yg kuat, ..
dan hakikatnya pd ana, wanita memg kuat..
wallahu'alam...

Saturday, May 15, 2010

kemurungan bila kehilangan...~

Cabaran tercabar di alam pekerjaan..
dgn diri keseorangan..
bile termenung sendirian,
pasti aku rasa kesunyian,
namun kdg terasa juga ketenangan ..
kerana tiada gangguan..
namun bila gangguan hadir, aku terganggu
terganggu dalam suka,

dan akhirnya terganggu dalam gembira..
tapi bila ia pergi, gangguan yg dulu memberi duke dan kecewa...
dimana dia, kemana ia..aku mencari nya..
namun tidak ketemu jua..

akhirnya baru aku tersedar yg hadirnya hanyalah sementara..
hadirnya sekadar memberi kegembiraan dalam dunia ku yg kesunyian..
memberi ku kekuatan dan semangat utk bekerja..
namun semangat itu tibe pudar dan hambar tatkala ia pergi..
ia pergi kerana terpaksa..
kerana hakikat membataskan segalanya..
hati merajuk kecewa..
hati merintih nestapa..
jiwa merayu hiba..
jiwa membentak lara..

tak mampu nak diungkap,
tak larat nak diluah,
hati yg perit menelan segalanya..
kerna hakikat itu dr Tuhan,
kerna yg haq dan yg halal itu pasti memenanginya..
aku sedar hakikat ini, aku sedar taqdir ini..
rindu yg sepi akan kubawa pergi..
kasih yg lara ku biarkan ia merana…
utk siapa, utk bagaimana..hanya tuhan yg menjalankan ia..
aku yg sendiri, menelan sendiri..
dia yg berpunya, mg bahagia selamanya..

selamat tinggal duhai kasih..
mg kasih yg sepi takkan dtg kembali dan berulang lagi..
cukup sekali, cukup kali ini..
hati yg rapuh takkan terima dirimu lagi..
salam kemaafan, salam ketenangan..
mg pemergian mu, ada pengganti yg lebih baik buatku…
sob…~.~…