Monday, September 5, 2011

raya with hubby ...

SALAM LEBARAN...slamat hari raya wat sluruh umat Islam..maaf zahir batin pd yg mengenali diri ini...alhamdulillah, setelah lbih kurg 11 hari bercuti cmpur mc lagi smalam, hari ni baru naik kerja dgn smangat mood cuti raya..huhu..

citer pasal lebaran raya ni, alhmdulillah,..raya tahun ni adalah tahun pertama aku beraya bersama suami tercinta. kami balik raya pada ahad kul 11 pg , bertolak terus ke Sepang.smpai sana petang sblm berbuka. pagi raya, aku dan
hubby bersut peach-pink (dpt gak berbaju raya baru..alhmdulillah, thanks to hubby support me time beli baju raya..bingung gak nk pilih tema kaler n pattern baju.) .so, lepas bertakbir dan bertahlil ringkas skjap di umah nenek, kami dan mak ayah n eman pn gi la bjlan raya ke umah sedara mara.sempat dalam 4-5 buah umah je, patu kami terpaksa berkemas utk bertolak ke Kelantan (Kmpung suami ) plak..plan tahun ni spatutnya mmg ke umah mertua terus.kebetulan adik beradik yg len pn raya di umah mertua masing2 dulu.cume aku je mnta ngan hubby singgah dulu jap berpagi raya di Sepang , then, xkesah la ptgnya trus btolak gi kelantan..yelah , sbb kt sana mesti nk beraya lama, nt balik raya sni dh xmeriah dh..hehe..katanya kt sna, xberapa meriah sgt smbutannya..so, bincang2, hubby pn stuju..hehe..cayang dierr..

sblm nk zohor tu, kami gerak terus ke Gua Musang-dabong, kampung umah mak pak mertua ku..malamnya, smpai laluan di dabong, tayar kreta BLM suamiku terus menderu masuk ke jalan tanah merah berbatu pasir..
naik ke bukit, dan terus menerus mendaki naik trun bukit utk smpai ke umah mek abah. separuh nyawa aku terpaku, tergamam, terdiam ..hanya istigfar, basmalah membasahi bibirku..betapa pertama kali aku naik ke jalan sebegini, sangat menggerunkan..mujurlah suamiku tgah drive, lau x,mmg aku peluk de erat2..hu33..tp aku hanya mampu memeluk perutku ini seerat2yg bleh, menahan ia dari bergoncangan yg keterlaluan..mmg senak, berghenjut2 perut aku naik bukit turun bukit ., cian kt baby dlm ni..jalan mmg xrata, kata hubby dh lama jalan tak bertar..(ni pic contoh jer) ni pn abah mek kata, jalan la ni molek skit n dh bleh naik..huhu.smpai je keta kat laman umah mek abah, lpas hubby matikan enjin, air mataku bercucuran..aku menakup mukaku..xtahu perasaan takut yg teramat ke, rasa syukur yg teramat sbb slamat smpai ke..wallahu'alam..tp prasaan lega yg teramat mmg pasti dlm lubuk hati ni..ya rabbi, alhamdulillah..Engkau telah selamatkan perjalanan kami, dan selamat kan perjalanan kami sepanjang kami dicni, dan sehingga kami pulang ketmpat asal kami.amin..( doaku dalam hati ketika itu.)..

Penat gak menaip ni, dah masuk waktu zohor dh pn...erm.pendekkan citer, seronok juga beraya sepnjang berada di umah mek abah di dabong ni..dari segi makanannya yg sedap wpn ringkas, air paipnya yang sangat sejuk (sejuk2pn sejuk yg mngetagihkan nk mandi lagi..sbb sjuk cm air terjun..mmg dr sumber smula jadi, smbungan paip air tu..so, umah tu xyah bayar bil air pun..huhu..)tu paling best bg aku..nyaman giler mandi pepagi ngan hubby,,hehehee..

sabtu sblm zohor, aku bertolak balik ke Sepang semula, smpai disana je dh malam, terus kami berehat..(bermalam di umah kmpung nenek smula)..esoknya, pas makan tgahari, siap2 kami bertolak balik konvoi dgn mak ayah. sbb nk singgah kilang ngan umah cik pah di senawang , then, umah mak tam di melaka..lepas tu, kami terus btolak balik ke johor.smpi skudai dlm kul 8 mlm....hurm..alhmdulillah..

my hubby demam skit...kepenatan kot drive seharian suntuk dari kelantan ke sepang, dari sepang ke n.9, melaka dan terus ke johor..xcukup rest agknya..aku pn esoknya ingt nk amik mc, xlarat nk terus keje. esok nya pas checkup for 6 month kt kinik, gi shopping brg dapur...balik masakkan utk hubby bubur nasi lauk ikan bilis, n ikan kering goreng limau cili bwg...tu pn dh sedap..hehe..nyum2..lapar la katakan..
k, la..to be continued..
..timbang kt kinik, berat badan dh naik mendadak 3kg..hehe..pekene penangan raya la kot..
alhmdulillah..pepun, baby sihat dan normal.insyaAllah..
wassalam..

Thursday, August 25, 2011

PUISI CINTA UNTUK SUAMIKU..


Senyummu adalah bahagiaku

Ceriamu adalah dambaku

Gelisahmu adalah kebimbanganku

Air matamu adalah kesedihanku

Kau pelipur lara dukaku

Kau pengiring suka citaku

Bersama kita dalam hari-hari keberkahan

Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta

Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati

Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu

Wahai bintang, bulan dan angin

Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya

Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah

with love your ZAUJAH

Tuesday, April 5, 2011

isteriku cantik..

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut 'boroi', rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.insyaAllah..

jom jadi bijak dengan pupuk rasa malu..^_^..daaa

Friday, March 18, 2011

Hubungan seks suami isteri dalam Islam

Salam IMAN..
Tatkala kita membicarakan tentang seks, ianya amat perlu kepada sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan.

bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu

"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".

Rasulullah saw bersabda:

"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )

Tuesday, January 18, 2011

kat mana bhgn sbenarnya??

bile kite sakit, kite xtau puncanya..
yg tau tu tau la..
tp lau skrg ni ana sakit, ana xtau sbnrnya bhgn mana sbnrnya yg sakit..
nk kata sakit perut, xrasa cm sakit perut,
nk kata cm sakit dada,
ana xrasa semput or susah utk bernafas,
so, bukan sakit dada la kan,
nk kata sakit tulang rusuk (ada ke sakit tu)..
so, bile tekan2 kt tulang rusuk, rasanya bukn tulang rusuk yg sakit,
tapi, sakitnyerrr...na'udzubillah..
nk gerak skit, rasa stuck sakitnye,
nk bongkok stuck
nk angkat tangan stuck,
tarik napas dalam2 pn stuck,
nk stat batuk lagi la stuck..
stucking olwes..
huhu..for time being, xde rasa nk jmpe doktor lg.. (dlm otak ni slgi xflat, xyah la kot..huhu.) just in my mind, lau ini sbg kifarah.. mohon agar allah ampunkan dosa2 ana slama ni, dan ana redha ats ujian dr Nya.. wallahu'alam..
(..sdg menahan sakit yg teramat)..

Monday, December 27, 2010

nk cakap sayang pun susah..


kite sayang kawan kite
tapi kite jarang skali meluah yg kite syg die
ntah2 mmg xpernah pn luahkn yg kite syg die,
so, no wonder la lau de pun xrealize yg kite syg die..
tapi lau kite dh luahkan kite syg dia pun
dia wat dono je..or xkesah pn kite syg die ke tak
mmg la kite rasa puas sbb kite dh luahkn kat die yg kite syg dia..
masalahnya skrg adalah...
sama ada dia hargai atau tidak
perhatian, prihatin dan kasih syg yg kite berikn pd dia..
msti sedih dan kecewa kan bile menyayangi org yg tidak menghargai
malah tidak menyayangi kite pun..
hurm..myb die syg..
tapi de tak tnjuk..
so, kite assume die tak syg kite..
habis , nk wat cane..
syg bukan leh dipaksa
lau korang syg seseorang dgn ikhlas..
spatutnya sayangilah diri die tanpa bersyarat
dan tanpa mengharapkan balasan..
barulah adanya hidup beerti pada memberi..
so, skunk ni..xkesahlah sama ada die syg aku ke tak..
asalkan... aku tetap syg die kerana Allah..
sebab..
korang saudara seakidah, seperjuangan dan seangkatan
dan se-se yg lain...hek3..
ape2pun..aku sayang korg sume..

Tuesday, November 23, 2010

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangankudititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlenaYa Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehaIsteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri
yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...
-hidup beerti dgn memberi-